fbpx

5,000 perantau Pahang terima baucar petrol, diesel pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tengah) menyerahkan sumbangan kepada anak perantau Pahang pada majlis penyerahan baucar Moh Balik Raya Ke Pahang 2025 di Stadium Titiwangsa, malam tadi. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Seramai 5,000 anak perantau kelahiran Pahang menerima baucar petrol dan diesel bernilai RM50 sebagai bantuan kepada mereka untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban rakyat yang berada di perantauan serta memastikan mereka dapat pulang beraya bersama keluarga.

“Hari ini, kita menyerahkan baucar kepada 1,000 penerima pertama sebelum diagihkan kepada 4,000 yang lain.

“Tak banyak, tapi ini bukan soal nilai, sebaliknya tanda ingatan tulus ikhlas kerajaan negeri kepada anak-anak Pahang di perantauan,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik ke Pahang 2025 di sini, malam tadi.

Moh Balik Raya ke Pahang 2025 ialah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi membantu Perantau Anak Pahang yang ingin pulang beraya ke kampung halaman.

Program yang merupakan penganjuran kali kedua ini menawarkan baucar petrol atau diesel bernilai RM50 sebagai bantuan perjalanan kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat kelayakan.

Matlamat utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Pahang yang bekerja atau menetap di luar negeri, sekali gus memastikan mereka dapat pulang dengan lebih mudah dan menjimatkan kos perbelanjaan sempena Aidilfitri 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI