fbpx

35,824 saman Awas berhampiran Terowong Menora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusoff (tengah) melihat paparan skrin LED ketika hadir pada Operasi Hari Raya Aidilfitri di Pusat Kawalan Terowong Menora, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan sebanyak 35,824 saman melalui sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di Menora, Kuala Kangsar dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, jumlah itu direkodkan di dua lokasi kamera berkenaan dipasang di kedua-dua arah Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Terowong Menora.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 22,220 saman direkodkan di Kilometer 258.25 arah utara dan 13,604 saman pula dicatatkan di Kilometer 262.5 arah selatan.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 78,579 saman direkodkan bagi laluan ke utara manakala 119,575 saman pula di laluan arah selatan,” katanya pada sidang akhbar sempena Operasi Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 di Vista Point Menora, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan beliau berkata, sebanyak 73 buah bas diperiksa di empat depoh bas di negeri ini iaitu di Ipoh, Taiping, Teluk Intan dan Manjung dalam operasi bermula 17 Mac lalu hingga semalam.

Katanya, dalam pemeriksaan itu, sebanyak dua kesalahan dikesan membabitkan cermin dan tiada nat tayar.

“Selain itu, dalam Op Khas Lorong Kanan yang diadakan sejak 19 Mac lalu hingga semalam, sebanyak 34 kes dikesan yang mana kesalahan memandu kenderaan perdagangan di lorong kanan secara berterusan dengan 20 kes dan mengabaikan isyarat lalu lintas sebanyak 14 kes,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI