fbpx

1,518 kes kemalangan, 12 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,518 kes kemalangan jalan raya membabitkan 12 kematian direkodkan di seluruh negara, setakat semalam.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, secara keseluruhan sebanyak 3,223 kes kemalangan dicatat pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Pada Sabtu, JSPT menerima 1,705 kes kemalangan membabitkan 18 kematian manakala hari berikutnya terus menurun dengan 1,518 kes dan 12 kematian.

“Statistik merekodkan penurunan 187 kes dan 6 kematian dalam tempoh dua hari itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang terutama menjelang musim perayaan minggu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI