fbpx

1,250 keluarga Pantai Timur terima pek perayaan Yayasan Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maliaman (tiga dari kanan) menyerahkan pek perayaan kepada salah seorang penerima sambil diperhati Mohammad Ahmad Shazly pada program Memacu Kehidupan: Aidilfitri di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Yayasan Petronas menyantuni 1,250 keluarga kurang kemampuan seluruh Pantai Timur bagi menceriakan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, pemberian tersebut turut meliputi 450 keluarga di Terengganu.

“Ia komitmen Yayasan Petronas untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut Lebaran.

“Harapan kami ia bukan dapat meringankan beban malah memberi kegembiraan kepada mereka pada hari mulia tidak lama lagi,” katanya pada program Memacu Kehidupan: Aidilfitri, di sini malam ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyampaian sumbangan berkenaan kepada penerima terpilih yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, setiap keluarga terbabit menerima pek perayaan mengandungi barangan
keperluan seperti beras, minyak masak, gula, garam, teh, makanan dalam tin dan minuman coklat.

Beliau berkata, Yayasan Petronas turut menyumbang kacang tanah, santan kotak, pes rendang dan kuah kacang yang boleh dijadikan sajian pada pagi raya.

“Mereka juga menerima biskut raya diusahakan peserta Program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (Mekar) kelolaan anjuran Yayasan Petronas.

“Ia serampang dua mata untuk turut membantu meningkatkan taraf kehidupan peserta Mekar yang juga
usahawan industri kecil dan sederhana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI