fbpx

WCQ: Tuchel belum berpuas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWIS-SKELLY memanfaatkan kepercayaan diberikan Tuchel apabila meledak gol ketika aksi debut bersama England awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali England, Thomas Tuchel mengakui prestasi pasukan masih belum sempurna meskipun berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Albania pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Eropah awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Wembley itu, Tuchel yang mengharungi debut pertama selepas dilantik menjadi jurulatih Three Lions pada Januari lepas berjaya meraih tiga mata hasil jaringan Myles Lewis-Skelly dan Harry Kane.

Namun, Tuchel mengakui pasukan belum boleh mendabik dada kerana banyak kelemahan yang dapat dilihat selepas barisan pemain dilihat masih gagal menerapkan falsafah boleh sepak yang diinginkan.

“Saya rasa pasukan boleh bermain dengan lebih baik lagi. Meskipun kita menentang negara seperti Albania, mereka beraksi dengan baik dan berjaya mengekang asakan yang cuba kita lakukan.

“Saya juga lihat permainan pasukan agak perlahan mungkin sebab ini adalah aksi pertama di bawah kendalian saya. Namun, saya lihat kita ada masa depan yang cerah jika sudah mula faham dengan kualiti pemain dan mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Tuchel turut memuji impak Lewis-Skelly yang menjadi pemain termuda dalam sejarah England untuk meledak gol pada aksi debut pada usia 19 tahun.

“Dia adalah pemain yang luar biasa dan tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dalam kesebelasan utama. Barisan kejurulatihan dan pemain-pemain senior cukup selesa dengan Lewis-Skelly dan harap prestasinya dapat terus meningkat,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI