fbpx

Video telah disunting, hanya tunjuk kejadian akhir – MB Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin bersyukur insiden melibatkan seorang penjual petai di Port Dickson baru-baru ini telah berjaya diselesaikan dengan baik.

PETALING JAYA – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melahirkan rasa syukur kerana insiden melibatkan seorang penjual petai di Port Dickson baru-baru ini telah berjaya diselesaikan dengan baik.

Beliau namun kesal kerana kejadian tersebut turut mengundang fitnah kepada dua anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka.

“Apa yang penting bagi saya diakhir Ramadan ini masyarakat dapat melihat sepenuhnya isu sebenar kerana kita mengejar di akhir Ramadan ini sebaik-baik pahala, sebaik-baik pengampunan daripada Allah S.W.T.

“Tetapi dalam masa sama kita menghukum orang yang menjalankan tanggungjawab dan amanah disebabkan oleh potongan suntingan video hanya menunjukkan kejadian akhirnya, tetapi bermulanya kejadian itu tidak dimaklumkan.

“Akhirnya mendatangkan fitnah kepada semua pihak, yang merugikan kita semua khususnya umat Islam yang mengejar pahala di akhir Ramadan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Aminuddin berkata, masalah tersebut bermula dengan aduan terhadap perniagaan yang dijalankan di hadapan sebuah premis perniagaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, perkara yang dilihat dalam rakaman video yang telah disunting tersebut terjadi apabila pihak terlibat dinasihatkan oleh anggota MPPD supaya tidak berbuat demikian.

“Mungkin disebabkan dalam keadaan berpuasa dan dalam keadaan marah, akhirnya rakyat memberikan penghukuman yang tidak adil kepada semua.

“Jadi bagi saya, kita semua harus mengingati ingatan Allah S.W.T apabila berita sampai ke tangan kita, kita kena lihat keseluruhannya.

“Jangan kita beri hukuman kepada orang yang tidak sepatutnya menerima hukuman tersebut dan Allhamdulillah dapat diselesaikan.

“Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita semua dan sama-sama menghormati dan saling mencari sebenarnya apa yang berlaku,” katanya.

Baru-baru ini tular rakaman video seorang penjual petai melempar barangan jualannya kerana tidak berpuas hati dengan arahan diberikan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)

Peniaga tersebut, Mohd. Noor Saad, 67, ketika ditemui pemberita mendakwa, sebelum kejadian dia ditegur penguat kuasa MPPD supaya tidak berniaga di lokasi berkenaan, lalu beredar dan berhenti di tapak parkir.

Dia kemudian dihampiri penguat kuasa yang masih meronda di kawasan sama meminta MyKad serta memaklumkan barang perniagaannya akan dibawa ke pejabat bagi tujuan pembuktian.

“Itu yang saya buang daripada beri kepada mereka dan kena bayar saman pula. Untung berniaga ini pun tak seberapa cuma untuk keperluan saya serta isteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI