fbpx

Tuan tanah yang salah apabila mahu jual tanah sendiri? – Dr. Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Akmal.

PETALING JAYA – Apakah tuan tanah yang harus dipersalahkan apabila mahu menjual tanah sendiri?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membabitkan isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, hari ini.

Ia selepas seorang pemimpin politik mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berbincang dengan pihak kuil sebelum menjual tanah di lokasi kuil tersebut.

“Kalau (kuil) ada di situ selama 130 tahun, kenapa tiada langsung pengurusan kuil berjumpa DBKL menyatakan hasrat membeli atau menyewa tanah tersebut?

“Ini tuan tanah dipersalahkan apabila nak jual tanah sendiri, patut yang menumpang atas tanah yang tanya tuan tanah nak jual ke apa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Muhamad Akmal seterusnya mengingatkan Malaysia sebuah negara yang memiliki undang-undang, maka isu tersebut boleh dibawa dan diselesaikan secara adil di mahkamah.

“Jadi, jangan kita pusing sana pusing sini. Negara ada undang-undang, maka hormatilah undang-undang tersebut. ‘Full stop’ (noktah)!,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI