fbpx

Tayar pecah, ambulans bawa pesakit rempuh pokok di Jambu Bongkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ambulans yang merempuh sebatang pokok di KM 49, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Marang hari ini.

MARANG – Empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedang membawa seorang pesakit wanita berdepan detik cemas selepas ambulans dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Kejadian terbabit berlaku di Kilometer 49, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Jambu Bongkok di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, sewaktu kejadian, ambulan terbabit dalam perjalanan menghantar seorang pesakit wanita berusia 21 tahun untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dari Hospital Kemaman dekat sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, salah sebuah tayar belakang ambulans yang turut dinaiki seorang doktor wanita dan dua jururawat bersama pemandu itu dikatakan tiba-tiba pecah.

“Ia menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebatang pokok yang terdapat di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Sofian berkata, kesemua lima mangsa termasuk pesakit berusia lingkungan 21 hingga 41 tahun yang berada di dalam ambulans terbabit hanya mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI