fbpx

Suami orang ditangkap khalwat, beri alasan mahu hantar kereta janda ke bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan kekasih yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim awal pagi tadi.

KULIM – Seorang pemandu lori memberi alasan mahu membantu menghantar kereta teman wanitanya yang rosak ke bengkel ketika ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Padang Serai di sini hari ini.

Dalam operasi pukul 2.05 pagi itu, lelaki berusia 46 tahun yang juga suami orang terbabit dicekup dengan ibu tunggal berusia 42 tahun.

Penahanan dibuat pegawai masjid sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang tiba di lokasi tersebut tidak lama kemudian.

Difahamkan, lelaki itu kerap mengunjungi rumah teman wanitanya sebelum ini.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, semasa operasi dilakukan, pintu rumah dibuka lelaki terbabit yang hanya memakai seluar tanpa baju.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah menemui wanita di dalam bilik bersama anak perempuannya berusia 12 tahun yang sedang tidur.

“Lelaki itu memberi alasan mahu menolong teman wanitanya menghantar kereta ke sebuah bengkel yang kononnya masih dibuka pada waktu malam.

“Dia sampai di rumah wanita itu pukul 10 malam, namun mendakwa terpaksa menumpang tidur kerana sudah lewat untuk pulang ke rumahnya di Baling,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pasangan itu mendakwa mereka berkenalan menerusi Facebook.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI