PETALING JAYA – Sistem ramalan yang cekap dan respons pantas terhadap perubahan cuaca adalah kunci untuk mengurangkan risiko bencana.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) adalah ‘barisan hadapan cuaca’ dalam perkara itu.
“Memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Teruskan berkhidmat dengan penuh dedikasi para pahlawan cuaca,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli meteorologi khususnya warga MetMalaysia.yang tidak pernah jemu menyampaikan maklumat cuaca dengan tepat dan pantas demi keselamatan rakyat.
Kata beliau, tema Hari Meteorologi Sedunia 2025 iaitu ‘Bersama Rapatkan Jurang Amaran Awal’ mengingatkan semua pihak setiap saat dalam menyampaikan amaran awal boleh menyelamatkan nyawa.
Justeru, katanya, MetMalalaysia adalah ‘barisan hadapan cuaca’ dalam memastikan negara lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Semoga usaha ini terus dihargai dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan maklumat cuaca dalam kehidupan seharian,” katanya. – KOSMO! ONLINE