DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu – Polis Dubai memberkas satu sindiket yang menggunakan media sosial untuk mempromosikan penipuan perkhidmatan visa haji dan umrah, lapor laman berita Gulf News semalam.
Kumpulan itu memperdaya mangsa dengan menawarkan harga rendah dan pemindahan bank yang mudah, kata polis.
Menyamar sebagai ejen yang diberi kuasa, sindiket itu mendakwa menawarkan kelulusan visa pantas dan meyakinkan individu untuk memindahkan wang sebelum lesap bersama wang.
Setelah pembayaran dibuat, mangsa disekat daripada mesej dan dibiarkan terkandas.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk mendapatkan visa haji hanya melalui agensi yang berlesen.
Bakal jemaah juga diminta berhati-hati dengan iklan di internet yang menawarkan perkhidmatan murah yang tidak realistik. – AGENSI