fbpx

‘Sharnaaz berjaya pujuk, selepas lima tahun tak buat filem’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shukri akhirnya kembali beraksi menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga, karya terbaru sutradara Syafiq Yusof.

KUALA LUMPUR – Lima tahun ‘menghilang’ dari layar perak, pelakon Shukri Yahaya akhirnya kembali beraksi menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga, karya terbaru sutradara Syafiq Yusof.

Selain teruja dengan naskhah arahan Syafiq, Shukri,36, berkata kehadiran Sharnaaz Ahmad sebagai antara tunjang utama filem itu turut menjadi faktor besar dia menerima tawaran berkenaan.

“Selepas lima tahun, saya kembali buat filem semula. Saya rasa ini peluang terbaik untuk kembali, apatah lagi naskhah ini arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah hebat, semua orang kenal dia.

“Macam sebelum ini bukan tak mahu berlakon filem, tetapi tawaran selalu ‘clash’ dengan jadual drama.

“Sharnaaz berjaya pujuk saya, dia pun ada dalam filem ini, jadi saya susun semula jadual dan akhirnya dapat buat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mahukan graf dalam karier, dramatis itu juga mengakui enggan terus dikategorikan sebagai pelakon drama cinta atau air mata semata-mata.

“Ada orang kata saya asyik buat drama sahaja sudah tak buat filem lagi. Sejujurnya saya bukan memilih tetapi itu rezeki yang ada buat masa itu.

“Andai selepas filem ini ditayangkan, dapat sambutan orang nampak bakat saya dalam filem, saya akan teruskan,” ujarnya pada majlis ‘meet and greet’ dan temu bual bersama bintang Blood Brothers, semalam.

Bukan tiada langsung disuakan naskhah layar perak malah sepanjang lima tahun itu Shukri mendedahkan lebih 10 tawaran filem telah ditolak atas faktor jadual kerja.

“Sepanjang tempoh lima tahun itu, lebih 10 tawaran filem saya pernah tolak. Ada juga yang saya berikan kepada kawan-kawan pelakon lain. Tapi saya tak boleh sebut siapa.

“Saya kongsi rezeki dengan mereka, alhamdulillah mereka dapat buat dengan baik,” jelasnya.

Selain Shukri dan Sharnaaz, filem Blood Brothers: Bara Naga yang bakal ditayangkan bermula 10 April depan turut menampilkan Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su dan Andy Teh – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI