fbpx

Sebuah lagi rumah tangga artis retak menanti belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lagi perkahwinan artis kini berstatus seperti telur di hujung tanduk.

DALAM kekecohan tentang rumah tangga Datuk Nora Ariffin, ada pula cerita tidak sedap mengenai seorang lagi penyanyi wanita yang kurang juga popularnya.

Menurut rakan sekerja Diva, rumah tangga penyanyi popular ini dikatakan sedang goyah dan kalau tersalah langkah, akan berakhir dengan perpisahan.

Namun, dengarnya penyanyi itu berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Diva terkejut bila dengar cerita itu, sebab tak sangka pasangan yang dilihat bahagia, adakalanya membuat persembahan bersama rupa-rupanya sedang bermasalah.

Harap hubungan kembali damai dan menemui jalan bahagia kelak.

DIVA: Sampai dekat nak raya, hubungan Fattah Amin dan Amira Othman menjadi tanda tanya ramai. Kena tunggu lepas rayalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI