fbpx

Salam Perantauan 23 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga tercinta di Terengganu. Ramadan pergi meninggalkan kita, Syawal dirai penuh kesyukuran. Jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Daripada: Mohd. Saiful Izwan Che Yen
Lokasi: Sydney, Australia

 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga dan sahabat yang mengenali. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan 1,001 makna buat kita dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Daripada: Iqmal Hakeem Badrulzaman
Lokasi: Kaherah, Mesir

 

Berkhidmat sebagai Suruhanjaya Tinggi Malaysia selama dua tahun di Canberra dan tidak dapat balik berhari raya di Malaysia kerana berada di perantauan. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan sanak saudara di Malaysia dan rakan-rakan di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Daripada: Norzaida Sheriff dan Azhar Ahmad Hashim
Lokasi: Canberra, Australia

 

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada keluarga di Rawang, Gombak, Selangor. Semoga Syawal tahun ini akan menjadi Lebaran yang bermakna.

Daripada: Hafizuddin Abdul Rahman
Lokasi: Perth, Australia

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI