fbpx

‘Raja ular’ maut dipatuk ketika cuba selamatkan tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Santhosh cuba menangkap ular tedung selar di bandar Coimbatore pada 2019. - The Hindu

NEW DELHI – Seorang penangkap ular di negeri Tamil Nadu, India meninggal dunia beberapa hari selepas dipatuk seekor ular tedung, lapor portal berita The Hindu. 

Santhosh Kumar, 39, menghembuskan nafas terakhir di Kolej Perubatan dan Hospital Coimbatore (CMCH) pada hari Rabu.

Dia yang juga ahli pertubuhan bukan kerajaan telah menyelamatkan beratus-ratus ular pelbagai spesies selama 15 tahun. 

Santhosh dipatuk ular tedung ketika cuba menyelamatkan reptilia itu dari sebuah kawasan kejiranan pada petang Isnin lalu. 

“Mangsa dibawa ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut. 

“Keadaan Santhosh semakin merosot pada petang Rabu. Dia disahkan meninggalkan dunia pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan),” kata CMCH. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI