fbpx

PRK Ayer Kuning: Penentu kekuatan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kekuatan perpaduan parti bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjadi penentuan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Ayer Kuning di Perak bulan depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Reezal Merican berkata, keserasian dan kebersamaan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah memacu kemenangan parti semasa PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.

“Umumnya, kawasan Ayer Kuning ni adalah kawasan yang kita lihat mempunyai kelebihan tetapi kita tak mahu dabik dada dan mana-mana PRK kecil tu kita akan anggap sebagai pilihanraya yang penting.

“Kita akan usahakan dulu dan saya yakin apabila PRK ini dijadikan antara pengesahan kekuatan perpaduan serta Kerajaan Madani yang terbentuk sekarang,” katanya ketika mengulas berhubung bantuan jentera UMNO Pulau Pinang ke PRK Dun Ayer Kuning.

Terdahulu, beliau ditemui selepas selesai Majlis Sumbangan Kasih Ramadan, Ceria Aidilfitri Parlimen Kepala Batas di Dewan Kompleks Sukan MBSP Bertam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, UMNO Pulau Pinang khususnya UMNO DUN Bertam akan menggerakkan jentera bagi memberi sokongan dan membantu kempen calon BN yang akan diumumkan pada 7 April nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April depan, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI