fbpx

Pengantin pakai seluar jean jimat kos majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIE dan Hunter memakai seluar jean pada majlis perkahwinan mereka. - Foto Kennedy News/FlicksbyHavannah

WASHINGTON – Seorang pengantin perempuan sanggup kehilangan rakan dan keluarga selepas memilih untuk memakai seluar jean bersama baju kemeja bercorak kotak dalam majlis perkahwinannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Amie Barron, 22, berkahwin dengan Hunter, 24, dengan memakai pakaian sedondon dalam majlis yang diadakan di sebuah perpustakaan awam di negeri Virginia Barat, Amerika Syarikat (AS).

Amie dan Hunter berhasrat untuk mengurangkan kos dengan membelanjakan hanya kira-kira AS$1,000 (RM4,420) pada majlis itu. Sebanyak AS$300 (RM1,326) daripada jumlah itu diperuntukkan untuk dua pasang but koboi baharu yang mereka pakai.

Kira-kira AS$480 (RM2,122) lagi dibayar kepada jurugambar, manakala pengantin perempuan melakukan dandanan rambut dan solekan sendiri selain mengatur sendiri muzik serta makanan.

Kira-kira 20 tetamu menghadiri majlis perkahwinan itu.

Pasangan tersebut berkata, mereka menjimatkan kira-kira AS$10,000 (RM44,200) dan memutuskan untuk membelanjakan jumlah itu bagi berbulan madu selama dua minggu.

“Kami telah menerima banyak mesej dan catatan di media sosial daripada orang yang tidak begitu memberikan sokongan dan kami terpaksa ‘kehilangan’ mereka daripada hidup kami,” katanya selepas majlis perkahwinan mereka diadakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI