fbpx

PDRM umum 39 pertukaran, kenaikan pangkat pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 39 pegawai kanan berkuat kuasa pada 21 April ini.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, mendahului senarai pertukaran ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob yang akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Pahang.

“Tempat Azry Akmar akan diisi oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

“Ketua Penolong Pengarah E9, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6 jabatan sama, manakala Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, jabatan sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Azhar Sepawi dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E3, jabatan sama.

“Ketua Penolong Pengarah D5, Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan jabatan sama dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang JSJ, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Latiff Mehat pula bertukar ke Johor sebagai Timbalan Ketua Polis dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Selain itu, Timbalan Pengarah (Kewangan/ Perolehan/Kepolisan am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Pada masa sama seramai 31 pegawai kanan lagi dinaikkan pangkat ke SAC, Asisten Komisioner dan Superintendan serta bertukar ke jawatan-jawatan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI