SEJAK memenangi trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) tahun lalu, makin mencurah-curah rezeki aktres Trisha Ooi.
Terbaharu, Diva ada ternampak poster drama berjudul Mah yang terpampang wajah seorang wanita kurang upaya.
Belek punya belek, pelakon itu ialah Trisha, memang lain! Manakan tidak, Trisha berjaya memberi ekspresi dan mimik mukanya sangat bagus.
Bagi Diva, bukan senang hendak melakonkan watak wanita kurang upaya sebab perlu penghayatan yang tinggi.
Diva rasa Trisha akan menjadi heroin berkaliber satu hari nanti. Tak terpalit dengan gosip murahan atau mencipta kontroversi untuk dikenali, itu perkara yang harus diberikan pujian.
Harap momentum cemerlang itu berterusan sebab tak mahu dengar cerita baru menang satu trofi, sudah mendabik dada.
DIVA: Rupa-rupanya ramai mahu Zizan dan Emma Maembong kembali bercinta. Macam mustahil sahaja permintaan itu.