fbpx

‘Mula-mula malu’ – Fazura nak buat lagu dengan Syasya lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura selesa bekerjasama dengan Syasya.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular, Nur Fazura tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi berkolaborasi dengan Syasya Rizal dalam lagu baharu selepas ini.

Selepas mengukir kejayaan menerusi lagu Raya Pum Pang yang kini sudah mencecah jumlah tontonan melebihi 1 juta dalam YouTube, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, akui selesa bergandingan bersama bekas ahli kumpulan Dolla itu.

“Alhamdulillah kami berdua dapat jalinkan kerjasama yang baik. Walaupun pada mulanya Syasya agak malu-malu.

“Gandingan ini pun terjadi secara spontan. Saya percaya ini semua aturan Allah. Bila Universal Music Malaysia beritahu gandingan saya ialah Syasya, saya terus setuju.

“Saya lihat sewaktu bersama Dolla dulu, Syasya yang lebih menyerlah. Saya juga pernah buat persembahan bersama Dolla dulu dalam satu majlis, dan yang paling saya ingat ialah Syasya.

“Jika diberi peluang lagi selepas ini, saya mahu berduet bersama Syasya lagi. Mungkin lagu memperkasakan wanita pula,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Bersama Fazura dan Syasya, semalam.

Selain menyanyi, Fazura turut bertindak sebagai penerbit dan terlibat dalam pembikinan lirik lagu Raya Pum Pang.

“Sebagai penerbit saya ada ubah sedikit lirik lagu ini. Pada mulanya ada perkataan membawang tetapi saya tukar jadi mengumpat.

“Itu pun saya ‘nervous’ nak menyanyi bahagian mengumpat tu, tetapi Syasya cakap tak apa biar dia menyanyi bahagian itu. Akhirnya kami berjaya keluarkan lagu yang mempunyai mesej yang positif,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI