JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurang walaupun hujan lebat turun semalaman di beberapa kawasan, dengan seramai 6,911 mangsa direkodkan setakat pukul 8 pagi, hari ini.
Mangsa yang terdiri daripada 2068 keluarga itu berkurangan berbanding seramai 7,446 mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 6 petang, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, sebanyak 43 PPS masih beroperasi di lima daerah ketika ini.
“Johor Bahru kekal daerah paling teruk terjejas dengan seramai 3,435 mangsa ditempah di 12 PPS, diikuti Kluang (1,620 mangsa, 12 PPS); Pontian (1,426 mangsa, 15 PPS); Batu Pahat (340 mangsa, dua PPS) serta Kota Tinggi (90 mangsa, dua PPS).
“Jabatan Metereologi turut mengeluarkan amaran ribut petir di Mersing dan Kota Tinggi hari ini, bagaimanapun tiada amaran hujan lebat berterusan melibatkan mana-mana daerah seluruh Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE