fbpx

Lelaki maut, motosikal bertembung MPV keluar simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Sungai Putat, Melaka Tengah, lewat malam tadi.

MELAKA – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Sungai Putat, Melaka Tengah, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 malam, mangsa, Muhammad Syabil Hakimi Mohamad Subar, 27, yang menunggang motosikal Yamaha MT-25 dari arah Aeon Ayer Keroh menuju ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Putat, dipercayai melanggar sebuah Toyota Vellfire yang keluar dari simpang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pelanggaran tersebut menyebabkan Muhammad Syabil maut di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat. Sementara itu, pemandu Toyota Vellfire berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila MPV keluar dari simpang sebelah kiri, menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa yang sedang bergerak lurus,”katanya kepada pemberita di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI