fbpx

Lelaki maut dibelit ular sawa ketika cari pucuk paku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor ular sawa sepanjang sembilan meter di Kampar, Riau. - Foto AFP

JAKARTA – Seorang penduduk ditemukan mati selepas dibelit seekor ular sawa gergasi sepanjang sembilan meter ketika mencari pucuk paku di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Edisi Indonesia semalam.

Mangsa dikenali sebagai AM dan berusia 50 tahun. Dia baru sahaja kematian isteri dan seorang anaknya.

Menurut ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Kartini Suryaningsih J, mangsa terpisah daripada kumpulannya ketika mencari pucuk paku.

Rakan-rakannya kemudian mendengar jeritan minta tolong sebelum menemukan AM dalam keadaan dibelit ular sawa sepanjang kira-kira sembilan meter.

Diameter ular itu dikatakan sebesar paha orang dewasa.

Walaupun cuba membantu, mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas pasukan penyelamat tiba.

Ular sawa itu kemudian melarikan diri dan sehingga kini, ia masih belum ditemukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI