fbpx

Lebih RM1.3 juta ganja dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (tengah) memegang ketulan mampat dipercayai ganja serta rampasan barangan lain di Padang Besar, baru-baru ini.

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 13.2 kilogram (kg) di Padang Besar, dekat sini baru-baru ini.

Pengarahnya, Ismail Hashim berkata, bahan terlarang itu ditemukan dalam sebuah beg pakaian hitam yang ditinggalkan di laluan Mesin Pengimbas Unit Dagangan Keretapi pada 9 Mac lalu.

“Pemeriksaan mendapati terdapat 23 peket plastik lut sinar kedap udara berisi tumbuhan kering disyaki ganja bernilai RM1,320,700,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, modus operandi suspek dipercayai bagi mengelak pemeriksaan dengan meninggalkan beg tersebut di kawasan imbasan.

Dalam perkembangan lain, Ismail memberitahu, JKDM Perlis merampas tiga lagi komoditi dalam operasi berasingan pada 26 Februari hingga 7 Mac lalu.

“Rampasan pertama melibatkan 13,176kg  coolant yang diikrar minyak pelincir dalam Borang Kastam No. 1 dengan nilai RM111,428.86 di Kompleks LKIM Padang Besar.

“Kes kedua pula melibatkan 4,597 tayar motosikal tanpa permit sah yang ditemui dalam kontena di Kuala Perlis bernilai RM223,265,” ujarnya.

Tambahnya, bagi kes ketiga, sebanyak 29,660 penyapu melebihi jumlah ikrar disita di Kompleks ICQS Padang Besar membabitkan nilai rampasan berjumlah RM71,470.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI