fbpx

Lebih 900 pelajar sekolah sertai program berbuka, sahur Jaulah Ramadan 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program berbuka puasa Jaulah Ramadan 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Lebih 900 pelajar di enam buah negeri menyertai program berbuka puasa dan bersahur anjuran Yayasan Didik Negara menerusi program Jaulah Ramadan 2025 bermula 9 Mac lalu.

Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Didik Negara, Mohd. Razi Jaafar berkata, program yang mendapat sokongan daripada Milo itu bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat di sini sebelum diteruskan ke Sabah, Kedah, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya.

Menurutnya, Jaulah Ramadan 2025 merupakan bukti komitmen Yayasan Didik Negara yang bukan sahaja membina kecemerlangan pelajaran, tetapi turut menerapkan nilai empati, semangat juang, dan rasa kekitaan.

“Menerusi program ini, kami mahu membantu pelajar dan keluarga yang memerlukan selain memastikan mereka mempunyai keperluan asas sepanjang bulan Ramadan.

“Sokongan Milo untuk Jaulah Ramadan 2025 merangkumi pengagihan 1,100 bakul Ramadan yang mengandungi nutrisi penting untuk masyarakat yang memerlukan sepanjang bulan ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ready-To-Drink Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, kerjasama dengan Yayasan Didik Negara melalui Jualah Ramadan 2025 merupakan bukti komitmen pihaknya untuk menjaga komuniti di bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI