fbpx

‘Kalau friendzone tak mungkin hantar sampai ke lapangan terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq mencuri perhatian apabila menghantar penyanyi Bella Astillah menunaikan ibadah umrah.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq mencuri perhatian apabila menghantar penyanyi Bella Astillah menunaikan ibadah umrah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Dalam video hantaran Instagram sebuah jenama pakaian, pemilik nama lengkap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, dilihat menyorong bagasi milik Bella untuk daftar masuk.

Saddiq juga dilihat menemani pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, sehingga ke pintu masuk penerbangan antarabangsa.

Malah, mereka turut dirakam bergambar bersama pasukan keselamatan di KLIA.

Rata-rata netizen teruja melihat tindakan Saddiq dan berdoa agar mereka dijodohkan suatu hari nanti.

“Kalau ‘friendzone’ tak mungkin sampai hantar ke lapangan terbang untuk umrah. Ini bukan pertama kali Bella ke umrah,” kata peminat.

“Bella, berdoalah di hadapan kaabah agar kalian berjodoh kerana Allah untuk keluarga sakinah bersama Syed Saddiq,” ujar pengikut.

“Bercampur-baur tengok video ini. Saya terbayang Bella dan Saddiq sah bernikah dan jadi keluarga yang sangat bahagia,” jelas peminat lain.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menunaikan umrah di 10 malam terakhir Ramadan bersama adiknya iaitu Didi Astillah.

Sebelum ini, hubungan rapat kedua-dua figura popular terbabit semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI