fbpx

Israel serang Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rosak berikutan serangan Israel yang menyasarkan kawasan kejiranan di bandar Tyre di selatan Lebanon semalam. - AFP

BEIRUT – Israel melancarkan gelombang baharu serangan ke atas Lebanon sebagai tindak balas kepada serangan roket dari seberang sempadan semalam, ketika kumpulan Hezbollah menafikan bertanggungjawab ke atas pelancaran itu.

“Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Israel Katz mengarahkan gelombang kedua serangan terhadap berpuluh-puluh sasaran Hezbollah di Lebanon,” kata kementerian pertahanan dalam peningkatan terbesar sejak gencatan senjata 27 November tahun lalu.

Agensi Berita Kebangsaan rasmi Lebanon melaporkan, seorang kanak-kanak adalah antara lima orang yang terbunuh dalam serangan Israel pada siang hari di bandar selatan, Touline.

Ia kemudian berkata, tiga orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Tyre, yang disasarkan dalam gelombang kedua serangan di selatan dan timur Lebanon, dengan beberapa kecederaan turut dilaporkan. 

Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Tyre, Bilal Kachmar memberitahu AFP bahawa dua orang terbunuh dan dua cedera apabila serangan Israel menyasarkan sebuah apartmen di sebuah bangunan kediaman di kawasan pantai Al-Raml. Ia pertama kali menjadi sasaran sejak gencatan senjata.

Tentera Rejim Zionis berkata, enam roket dengan tiga daripadanya dipintas, dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel semalam sekali gus mencetuskan siren serangan udara.

Hezbollah menafikan sebarang penglibatan dalam serangan roket itu dan menyebut tuduhan Israel sebagai helah untuk melakukan serangan berterusan ke atas Lebanon. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI