fbpx

Individu ugut Firdaus Wong ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang individu yang dipercayai mengugut untuk membunuh pendakwah bebas, Firdaus Wong berhubung isu pembinaan kuil.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan tangkapan itu bagi membantu siasatan.

“Saya sahkan ada tangkapan berkaitan kes berkenaan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, Firdaus Wong membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Facebook susulan kenyataan beliau mengenai isu pembinaan kuil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI