fbpx

Individu misteri baling batu dari jejambat belum siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIBAT seorang lelaki (anak panah kiri) membaling batu ke arah kereta. - Foto Facebook/Drama-addict

BANGKOK –  Seorang individu misteri didakwa membaling batu dari jejambat yang belum siap ke arah kenderaan lalu-lalang di Jalan Rama II, Bangkok, lapor laman berita Bangkok Post semalam.

Kelibat lelaki itu dirakamkan menerusi video milik seorang individu yang kemudian memuat naiknya di laman Facebook.

Dalam rakaman video berdurasi 10 saat, kedengaran satu objek keras dipercayai batu mengenai cermin hadapan sebuah kereta yang sedang bergerak.

Menurut keterangan video, anak lelaki pemandu tersebut melihat seseorang berada di atas jejambat dan membaling batu. 

Perakam video mendakwa bahawa individu tersebut ialah seorang pekerja binaan tetapi perkara itu dinafikan kontraktor untuk projek di kawasan berkenaan.

Penghantar video itu kemudian menasihatkan pemandu lain supaya berhati-hati dan menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius terhadap individu berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI