fbpx

Harga paling murah, terima kasih Ramanan – Pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan beramah mesra dengan pengunjung pada program Jualan Madani Raya di Subang Bestari dekat Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH – Rata-rata pengunjung Jualan Madani Raya (JMR) anjuran Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan bersama Kementerian Pemba­ngunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyambut baik program itu kerana dapat meringankan perbelanjaan mereka terutama pada musim perayaan.

Seorang suri rumah, Nor Sharihaton Said, 50, berkata, program jualan murah seperti itu wajar dilakukan dengan lebih kerap terutama sekali menjelang musim perayaan.

Katanya, dia yang menetap di Saujana Utama sanggup datang ke program tersebut di Subang Bestari dekat sini sebaik sahaja mendapat maklumat berkenaan jualan murah tersebut.

“Bagi saya inisiatif YB Ramanan sangat bagus untuk meringankan beban orang ramai dalam menyiapkan kelengkapan menyambut raya kerana biasanya apabila tiba perayaan, banyak perbelanjaan perlu dikeluarkan.

“Jadi, dengan adanya program seperti ini, memang sangat membantu. Harga yang ditawarkan YB Ramanan memang cukup murah terutama apabila ada happy hour, diskaun diberikan hingga 50 peratus,” katanya ketika ditemui pada program itu semalam.

Katanya, orang ramai juga tidak perlu berebut-rebut membeli barangan keperluan kerana setiap barangan yang dijual mempunyai had belian yang ditetapkan supaya orang lain boleh menikmati manfaatnya.

Orang ramai membeli barangan dapur pada harga murah pada program JMR anjuran Kuskop.

Seorang lagi pengunjung, Safauddin Jubri, 58, berkata, dia dapat berjimat apabila membeli bahan mentah seperti daging dan telur yang ditawarkan separuh harga.

Dia yang menetap di Kampung Melayu Subang, Kota Damansara berkata, program JMR amat membantu terutama sekali bagi golongan B40 dan mereka yang mempunyai keluarga besar.

“Rugi jika orang ramai tidak ambil peluang membeli barang dapur pada program ini. Hari ini, saya beli dua kilogram daging pada harga RM21 sahaja selepas diskaun sebanyak 50 peratus.

“Memang bagus program YB Ramanan seperti ini diadakan dan saya harapkan program jualan murah begini diadakan di banyak tempat lagi di Sungai Buloh. Terima kasih YB memberi sumbangan peribadi untuk bagi diskaun khas 50 peratus kepada kita,” katanya.

Pada minggu lalu, program JMR juga telah diadakan di kawasan Saujana Utama dan mendapat sambutan sangat menggalakkan dengan jumlah jualan mencecah RM413,612.74.

Program JMR di Saujana Utama yang berlangsung selama dua hari itu juga telah dikunjungi seramai 3,614 pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI