SHANGHAI – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton membuktikan keputusannya menyertai pasukan Ferrari adalah tepat apabila berjaya berjaya mencipta kemenangan pertamanya dalam perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) China semalam.
Kejayaan tersebut pasti memberi kegembiraan buat Ferrari apabila berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam perlumbaan pecut selepas membawa masuk bekas pemandu Mercedes itu musim ini.
Sejak format perlumbaan pecut diperkenalkan pada musim 2021, Ferrari tidak pernah memenanginya saingan berkenaan dan ia menjadi sejarah penting selepas Hamilton berjaya melakukannya.
Hamilton yang memulakan perlumbaan dari petak pertama utama tidak mensia-siakan peluang itu apabila berjaya mempertahankan kedudukannya dari awal perlumbaan sehingga ke garisan penamat dalam perlumbaan 19 pusingan itu.
Biarpun menerima cabaran sengit daripada pemandu Red Bull, Max Verstappen, namun pelumba Britain itu akhirnya melintasi garisan penamat untuk meraih lapan mata dalam kejuaraan dunia.
Pelumba pasukan McLaren, Oscar Piastri berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memintas Verstappen pada pusingan terakhir.
Sementara itu, rakan sepasukan Piastri, Lando Norris, yang juga pendahulu kejuaraan dunia ketika ini, hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan hanya meraih satu mata sahaja. – AGENSI