fbpx

Bapa hilang bersama Honda EX5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nizam Mohamed

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Kampung Gedebang, Langgar dekat sini pada pukul 8 pagi semalam.

Nizam Mohamed MK Noor Mohamed, 70, dipercayai keluar rumah menaiki motosikal jenis Honda EX5 dengan nombor plat KAE 8200 tanpa disedari oleh isteri dan anak perempuannya.

Menurut anaknya, Farhana Nizam Mohamed, 40, kehilangan bapanya itu merisaukan mereka sekeluarga apatah lagi dia mengalami masalah kesihatan sejak dua bulan lepas.

“Sudah dua bulan bapa saya dikatakan tidak keluar rumah sendirian dan selalu berteman kerana tidak berapa sihat dan badan lemah. Pada pukul 8 pagi semalam mak saya sedar dia tidak ada di rumah dan motosikalnya juga tiada.

“Keluarga tidak menyangka dia keluar naik motosikal kerana sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian apatah lagi dengan keadaannya yang tidak berapa sihat itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, bapanya juga keluar rumah tanpa membawa dompet dan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Sesiapa yang terjumpa dengan bapa saya harap dapat telefon sepupu saya, (Syed Mohd. Fakhrin Syed Shabthar, 45) di nombor 0196008073 atau balai polis berdekatan. Kami semua sudah mencarinya di merata bandar termasuk hospital harap dapat bertemunya nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI