JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di Johor semakin pulih ekoran cuaca cerah hari ini dengan seramai 4,597 mangsa masih berada di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka, setakat pukul 4 petang ini.
Jumlah itu merupakan pengurangan mangsa banjir berbanding seramai 6,911 mangsa, pada pukul 8 pagi, tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir ketika ini melibatkan sebanyak 1,481 buah keluarga.
“Johor Bahru kekal daerah paling terjejas dengan seramai 3,043 mangsa ditempah di 13 PPS, diikuti Pontian (604 mangsa, tujuh PPS); Kluang (525 mangsa, lima PPS); Batu Pahat (336 mangsa, dua PPS) serta Kota Tinggi (90 mangsa, dua PPS).
“Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran ribut petir di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE