KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan mendoakan Sultan Ibrahim dan seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong.
“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 23 Mac 2025,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE