fbpx

Anggota APM disaran lapor Perkeso jika ditimpa musibah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tiga,kiri) menyerahkan faedah SKSPS kepada Muhammad Syazwan di Penanti, Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dinasihatkan membuat laporan sekiranya ditimpa musibah bagi membolehkan bantuan disalurkan segera.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sukarelawan agensi berkenaan yang ditimpa ujian ketika bertugas layak menerima faedah perlindungan.

“Saya rasa masih ramai (anggota) yang belum tahu manfaat caruman ini maka saya minta ia diwar-warkan,” katanya di Program Kesiapsiagaan Awam sempena ulang tahun APM ke-63 dan Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan faedah SKSPS kepada anggota APM, Muhammad Syazwan Shopiee,24, yang cedera akibat dipatuk ular katam payung ketika sedang bertugas pada Februari lalu.

Sementara itu, Muhammad Syazwan berkata, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi hampir tiga minggu selepas dipatuk di bahagian ibu jari tangan kanan.

“Kini kedua-dua belah kaki tidak berapa kuat susulan bisa patukan memberi kesan terhadap saraf dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Saya bersyukur dengan bantuan yang diterima sebanyak RM700 sedikit sebanyak membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang menetap di Tasek Gelugor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI