PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang diperkenankan Seri Paduka Baginda.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim, mengutus kad eaya Aidilfitri merupakan tradisi tahunan yang begitu dekat di hati Seri Paduka Baginda.
Penggunaan kad raya mengimbau zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi seperti kehadiran telefon bimbit.
“Dahulu tiada telefon bimbit, tiada SMS (khidmat pesanan ringkas), (aplikasi) WhatsApp dan sebagainya.
“Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna. – KOSMO! ONLINE