fbpx

5 warga asing kena cekup, gagal seludup dadah di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dan dadah yang dirampas di perairan Teluk Kumbar, semalam.

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya merampas dadah syabu bernilai RM728,704 dan menahan lima suspek warga asing dalam satu operasi khas membanteras penyeludupan dadah di perairan Teluk Kumbar, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bertindak atas maklumat risikan pasukan PPM telah mengesan sebuah bot yang berada dalam keadaan mencurigakan di perairan Teluk Kumbar.

”Ketika dihampiri, suspek yang berada di atas bot tersebut bertindak membuang barang kes ke laut sebelum melarikan diri ke darat berhampiran di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu.

“Bagaimanapun, bot itu kemudian tenggelam akibat pelanggaran dengan batu. Tindakan pantas pasukan operasi berjaya menahan semua suspek beberapa jam selepas kejadian di kawasan berhampiran,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan sebanyak 22 bungkusan kuning keemasan yang mengandungi plastik lutsinar berisi ketulan mampat kristal jernih disyaki syabu seberat 22.772 kilogram.

“Dadah tersebut dianggarkan bernilai RM728,704 dan semua yang ditahan direman sehingga 28 Mac. Pihak polis turut menyita sebuah kereta Hyundai Tucson bernilai RM150,000 serta empat telefon bimbit pelbagai jenis bernilai RM5,000.

“Secara keseluruhan, nilai rampasan berjumlah RM833,704 dan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI