KUALA SELANGOR – Sebanyak 1,512 notis kesalahan dikeluarkan kepada peniaga makanan bazar Ramadan di seluruh negara setakat semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu dikesan pihaknya menerusi pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
“Antara kesalahan yang dikesan adalah tidak menjalani latihan pengendalian makanan dan suntikan anti tifoid selain pemakaian tidak sesuai.
“Semua lokaliti bazar Ramadan diperiksa dalam tempoh 2 Mac lalu hingga semalam,” katanya pada program edaran 200,000 bubur lambuk Econsave di Bandar Puncak Alam di sini, petang ini. – KOSMO! ONLINE