fbpx

Wanita pengsan, gementar jawab ujian memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu pengsan ketika menduduki ujian bertulis di wilayah Sichuan, China. - Douyin

BEIJING – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai selepas rebah ketika menduduki ujian bertulis lesen memandu kerana terlalu gementar, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Kejadian berlaku di wilayah Sichuan pada 13 Mac lalu. 

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di platform Douyin memaparkan wanita itu pengsan ketika menjawab ujian bertulis di sebuah bilik. 

Seorang kakitangan bergegas memegang kerusinya yang hampir tumbang sebelum memanggil rakan sekerja untuk bantuan. 

Wanita itu sedar semula selepas satu hingga dua minit. 

“Selepas sedar, dia meneruskan menjawab peperiksaan dan akhirnya lulus. 

“Selain gementar, wanita ini mempunyai kandungan gula rendah dalam darah. Kami telah memberikan sedikit glukosa,” kata polis

Insiden itu mencetuskan perdebatan hangat secara online. 

“Adakah wanita itu layak untuk mengambil lesen? Apa akan berlaku jika dia pengsan semasa memandu?” kata seorang netizen.

“Keadaannya boleh mendatangkan bahaya di jalan raya. Dia tidak sesuai memandu,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI