JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup memanjat kapal dengan tali untuk menjual roti demi menyara anaknya, lapor portal berita Jawa Pos semalam.
Kejadian dirakam di Pelabuhan Soekarno Hatta Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.
Rakaman yang tular di media sosial memaparkan wanita bernama Mariama, 32, berpaut sambil menyepit kedua kakinya pada tali untuk memanjat ke kapal.
Dia bertindak sedemikian untuk menjual roti kepada penumpang demi menyara kehidupan lima orang anaknya.
“Saya ada lima orang anak. Tiga masih bersekolah, manakala dua lagi sudah berhenti.
“Saya sering memanjat kapal untuk mencari wang. Demi anak-anak, saya berani meskipun risikonya besar,” kata Mariama.
Tambahnya, dia memperoleh kira-kira 100,000 ribu dalam sehari. – AGENSI