fbpx

Wanita maut bot terbalik dipukul ombak besar  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong duduk di atas bot terbalik di Bali semalam. - Mail Online

JAKARTA – Seorang wanita Australia terbunuh selepas bot membawa 13 pelancong untuk melakukan aktiviti selaman terbalik semasa laut bergelora di Pulau Bali, lapor laman  berita Mail Online semalam. 

Mangsa yang dikenali sebagai Anna Maree, 39, tercampak ke dalam laut selepas bot Sea Dragon 2 yang mereka naiki dipukul ombak besar sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) semalam.  

Polis berkata, bot membawa 11 pelancong Australia itu terbalik ketika dalam perjalanan menuju ke satu lagi pulau pelancongan popular, Nusa Penida. 

“Dua penumpang mengalami kesan lecur pada bahagian peha akibat terkena enjin panas. 

“Mereka dibawa ke Klinik Perubatan Griya untuk rawatan lanjut,” kata polis. 

Imej yang disiarkan oleh pihak berkuasa menunjukkan beberapa pelancong duduk di atas bot yang terbalik. 

“Sebuah bot berdekatan dimiliki syarikat sama, datang untuk menyelamatkan mangsa sebelum menemui mayat Maree,” tambah polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI