PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang dalam kesusahan mendapat perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Ianshah82, dia sedang dalam perjalanan pulang daripada penggambaran apabila terserempak dengan seorang penunggang motosikal yang mengalami tayar pancit.
Klip video tersebut menunjukkan dia menemani penunggang motosikal itu dari belakang menuju ke stesen minyak berdekatan bagi menampal tiub tayar yang bocor.
“Syukur dapat membantu apa yang boleh,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji tindakan mulia pemuda itu dan menzahirkan rasa kagum terhadap kebaikannya.
“Terima kasih, orang baik kerana sudi menolong,” kata @Azie88.
“Rasa sebak tengok video ini. Tak dapat bayangkan jika saya berada dalam situasi yang sama sendirian. Terima kasih, orang baik,” komen @Iamalin0.
“Semoga perjalanan abang sentiasa dipermudahkan, rezeki melimpah ruah, dan dompet sentiasa tebal,” kata @Sarah. – KOSMO! ONLINE
@lanshah82Semalam Ontwy blk shooting Terjumpa Saudara kita dalam KesusaHan Tayar motor nya Pancit,syukur dapat membantu apa yang boleh..