fbpx

[VIDEO] ‘Tak pandai bawa kereta, tapi nak bawa juga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan kereta pacuan empat roda yang hampir melanggar sebuah gerai burger.

PETALING JAYA – Seorang peniaga wanita hampir dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara berbahaya ketika berniaga di gerainya.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di TikTok milik @Atiqahraihanjamal, menunjukkan kenderaan tersebut dipandu secara melulu sebelum hampir merempuh gerai pemilik video berkenaan.

“Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami dari segala bahaya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, video tersebut turut merakamkan detik kenderaan terbabit melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum memecut pergi tanpa berhenti.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna terkejut melihat kejadian tersebut.

“Alhamdulillah mujur tak kena,” kata @Sadiahazid.

“Uish, hampir-hampir kena langgar ‘stall’ (gerai) nya,” komen @Captains_d.

“Tak pandai bawa kereta, tapi nak bawa juga,” balas wanita itu kepada respons netizen.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 15,100 tanda suka, 16 komen dan 3,907 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@cheq_eqaALHAMDULILLAH 🤲 Allah masih melindungi kami dri segala bahaya ..

♬ original sound – Piqa Rashid✨

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI