PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat berkunjung ke Bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar, di ibu negara hari ini.
Seri Paduka Baginda meluangkan kira-kira 20 minit menyantuni para peniaga di bazaar itu dan membeli juadah berbuka puasa bersama kakitangan Istana Negara.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan Lembah Pantai.
“Sultan Ibrahim turut berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) untuk membeli belah.
“Keberangkatan Seri Paduka Baginda nyata mengujakan pengunjung di pusat membeli belah itu, yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama baginda,” jelas kenyataan di Facebook.- KOSMO! ONLINE.