PETALING JAYA – Seorang mualaf wanita berbangsa Cina, Cristina Chew berkongsi pengalaman pertamanya berbuka puasa di Masjid At – Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dimana telah menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian di TikTok oleh @Cristinachew, Cristina mengakui berasa gementar kerana ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke masjid untuk berbuka puasa.
“Kadang-kadang kita perlu mengatasi ketakutan sendiri,” katanya.
Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memberikan sokongan kepadanya untuk terus istiqomah dalam perjalanan baharunya sebagai seorang Muslim.
“Saya pun mualaf juga bangga dengan ‘sis’ semoga kuat dan teguh dalam menjalani Ramadan,” kata @Ceaselesswai.
“Tahniah awak. Nanti cari kawan untuk teman awak berbuka bersama. Bahaya kalau sorang-sorang,” kata @Ahlifiqir1.
Ada juga yang menggalakkan wanita tersebut untuk lebih mendekati Islam melalui aktiviti di masjid.
”Semoga awak kuat melalui ‘process’ ini. Kalau ada masa, datanglah masjid untuk solat jemaah,” kata @Nasz_laws. – KOSMO! ONLINE.
@cristinachew Sometime we gotta overcome our fears. Thank you @ModestroKL for pushing me through it 🫶🏻 Glad I found your travel telekung. #revert #mualaf #revertmuslim #telekungtravel #telekung #modestrokl #bukapuasa #iftar ♬ Akhi Anta Hurrun – Lofi Nasheed – Shakir Khan Rahmani