PETALING JAYA – Kehadiran seekor anjing yang tersesat di dalam sebuah gerabak transit aliran massa (MRT) mengundang pelbagai reaksi penumpang.
Menerusi satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok, anjing berkenaan kelihatan jinak dan tidak menganggu para penumpang.
Malah, ada antara penumpang sempat membelai anjing tersebut sebelum haiwan itu diturunkan di sebuah stesen.
Difahamkan, anjing berkenaan telah diselamatkan individu lain selepas ia berjaya diturunkan di stesen berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen mengenai kejadian terbabit dan mereka tertanya-tanya bagaimana anjing tersebut memasuki platforn sehingga dapat berada di dalam gerabak MRT.
“Macam mana dia naik eskalator pastu dia guna My50 juga ke?,”seloroh @strwberylatte.
“Macam mana boleh masuk platform,” soal @jimjim.
“Bila tengok dia cuba masuk balik dalam MRT seolah-olah dia tau tu bukan stesen untuk dia turun,” tulis @waterbear.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Minow.
“Entah-entah dia naik tren yang tuan dia selalu naik. Mungkin sekarang tuan dia dah tak ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@softdhiya terkejut ya train berhenti mengejut pastu tetiba anjing lalu 😌 #mrt ♬ QKThr – Aphex Twin