fbpx

[VIDEO] Che Sayang Kitchen jadi cikgu ganti Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Sayang Kitchen mencuri perhatian di TikTok apabila bertindak sebagai ‘guru ganti’ dalam kelas memasak sambal geprek, menggantikan Khairul Aming

PETALING JAYA – Pempengaruh masakan terkenal, Che Sayang Kitchen mencuri perhatian di TikTok apabila bertindak sebagai ‘guru ganti’ dalam kelas memasak sambal geprek, menggantikan Khairul Aming.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Chesayang_kitchen, dia telah berkongsi resipi sambal geprek sambil berseloroh mengenai insiden pengguna di TikTok yang telah memecahkan lesung batu ketika menumbuk sambal.

“Hari ini adalah kelas ‘repeat’ kita nak buat sambal geprek. Cikgu kelas sebelah kata anak murid sebelah dia buat sambal geprek sampai lesung batu terbelah dua. Jangan risau sambal geprek tak susah sangat awak pun dah belajar sebelum ini,” katanya.

Rata-rata pengguna TikTok turut meninggalkan pelbagai reaksi lucu di ruangan komen.

“Cikgu kalau tiada cili boleh ganti menggunakan ‘papaya’ tak?”, kata @Amerradzi95.

“Dia macam cikgu kamu tak datang hari ini tapi dia ada bagi kerja sekolah,” kata @Woodfangs.

“Kalau ada cikgu ganti ajar benda sama, gagal lagi tak tahu nak cakap apa. Raya teruslah korang,” kata @Fikajames. – KOSMO! ONLINE

@chesayang_kitchen Replying to @Khairulaming Jadi cikgu ganti hari ni untuk teacher @Khairulaming ♬ original sound – Che Sayang Kitchen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI