fbpx

Umat Islam penuhi Masjidil Haram 10 malam terakhir Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH umat Islam memenuhi Masjidil Haram, Mekah pada 10 malam terakhir Ramadan. - Foto SPA

RIYADH – Agensi berita Saudi Press Agency (SPA) dengan kerjasama pihak berkuasa aviasi mengadakan liputan udara di kota suci Mekah pada permulaan 10 malam terakhir Ramadan, lapor portal berita Gulf News semalam.

Liputan itu menunjukkan pergerakan lancar jemaah umrah dan jemaah lain di Masjidil Haram.

Lensa kamera SPA merakam suasana tenang ketika ribuan jemaah memenuhi pekarangan masjid dan menunaikan solat.

Rakaman itu menunjukkan sistem pengurusan yang cekap sekali gus memastikan pengalaman selamat jemaah di tengah-tengah perkhidmatan komprehensif yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Ramadan bermula di Arab Saudi dan kebanyakan negara Asia Barat lain pada 1 Mac lalu iaitu pada Sabtu.

Namun, di Iran dan Iraq yang majoriti mazhab Syiah, ia bermula pada  2 Mac lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI