fbpx

Tiga ibu hamil diterbangkan melalui penerbangan ihsan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhamisah diiringi jururawat selepas dibawa menggunakan helikopter PDRM untuk dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang hari ini. - Foto oleh ADNAN IBRAHIM / KOSMO!

KLUANG – Tiga ibu yang berhadapan dengan komplikasi mengandung diterbangkan melalui penerbangan ihsan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, ketiga-tiga pesakit yang diterbangkan hari ini melibatkan penduduk di Kampung Orang Asli Sedohok, Pucur dan Sungai Peroh.

Katanya, penerbangan telah dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) diketuai Juruterbang Asisten Komisioner Faizul Muhammad dibantu Inspektor Mohd Luqmanulhakim Mansor bersama Pemerhati Udara Sarjan Mejor Jagjeet Kakar Singh serta Koperal Adeline Liu Yan Siu.

“Tiga wanita yang diterbangkan adalah Norhamisah Bonel, 33, dari kampung Orang Asli Sedohok, Nor Haliza Rosli, 22, dari Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan Nacca Nazizi Rafie, 26, dari Kampung Orang Asli Puchur.

“Semua wanita berkenaan berisiko melahirkan anak dalam kandungan mereka dengan usia kandungan masing-masing antara 36 hingga 37 minggu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Bahrin lagi, ketiga-tiga pesakit itu terpaksa diterbangkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang selepas kediaman mereka terputus hubungan akibat laluan keluar ditenggelami air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI