LONDON – Penemuan satu rangka yang mempunyai sirip dan mirip ikan duyung mengejutkan dua pasangan suami isteri di tepi pantai Margate, Britain, lapor akhbar New York Post semalam.
Menurut Paula Regan yang menemui rangka itu bersama suaminya, Dave ketika bersiar-siar di tepi pantai, ia adalah perkara yang paling ganjil pernah ditemuinya.
“Pada mulanya, saya fikir ia adalah kayu hanyut atau mungkin anjing laut mati kerana saya dapat melihat sirip ekor,” ujarnya.
Penemuan itu telah menarik sekumpulan pengunjung yang kemudian datang untuk melihat rangka pelik tersebut.
“Ada yang menyangka ia mungkin terjatuh dari bot manakala yang lain menganggapnya patung dari kapal yang (kelihatan) seperti ukiran ikan duyung.
“Saya hanya tahu tiada siapa yang akan mempercayai kami jika kami tidak merakamkan gambar itu,” ujarnya. – AGENSI